Thursday, October 29, 2009

ROKOK !



Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta) 

4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut  Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut.Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT),racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati dan banyak lagi. Bagaimanapun racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
    • Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
    • Nikotin seperti najis dadah heroin  amfetamin dan kokain bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan.Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok meninggalkan tabiat itu untuk selamanya kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir 1/4 mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia sakit jantung merupakan penyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang ke 4…
    • Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru,saluran penghadaman,saluran darah, jantung,organ pembiakan sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.
    KEBAIKAN IF TAK MEROKOK!

    • Hidup lebih lama. 
    • Dapat menghindari racun.
    • Dapat melindungi diri keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok.
    • Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.
    • Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat.
    • Meningkatkan deria rasa dan bau.
    • Gigi lebih putih dan nafas lebih segar. 
    • Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.


    Petua 8M nk elak merokok.....
    • Melengahkan nyalaan api.
    • Menarik nafas panjang. 
    • Minum air. 
    • Membuat sesuatu. 
    • Mengunyah sesuatu. 
    • Mandi dan basuh tangan. 
    • Melakukan senaman. 
    • Memohon doa.

    Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :-
    • Melahirkan bayi yang kurang berat badan. 
    • Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan.
    • Lebih terdedah kepada kanser. 
    • Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal.

    Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :-
    • Lebih mudah mendapat lelah. 
    • Mendapat jangkitan paru-paru.
    • Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu. 
    • Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak.


    FYI : I HATE CIGARS & DRUGS

    No comments: